Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua
dengan satu-satunya anaknya. Suaminya sudah lama meninggal kerana
sakit.� Sang ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya
itu. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri,
berjudi, mengadu ayam dan banyak lagi.
Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, namun ia sering berdoa memohon kepada Tuhan: �Tuhan
tolong sadarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi.
Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertobat sebelum aku mati�
Namun semakin lama si anak semakin asyik dengan perbuatan jahatnya,
sudah sangat benar ia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang
dilakukannya.
Suatu hari ia kembali mencuri di rumah
penduduk desa, namun malangnya dia tertangkap. Kemudian dia dibawa ke
hadapan raja untuk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu
diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan
rakyat desa tepat pada saat loceng berdentang menandakan pukul enam
pagi.
Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan �Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosa nya�
Dengan tertatih tatih dia mendatangi raja dan memohon supaya anaknya
dibebaskan. Tapi keputusan sudah bulat, anaknya harus menjalani hukuman.
Dengan hati hancur, ibu kembali ke rumah. Tak hentinya dia berdoa
supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur karena keletihan dan
dalam mimpinya dia bertemu dengan Tuhan.
Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat
berduyung-duyun datang manyaksikan hukuman tersebut.� Sang algojo sudah
siap dengan pancungnya dan anak tadi sudah pasrah dengan nasibnya itu.
Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia
menangis menyesali perbuatannya. Detik-detik yang dinantikan akhirnya
tiba.
Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berdentang
walaupun sudah lewat lima minit dan suasana mulai berisik, akhirnya
petugas yang bertugas membunyikan loceng datang. Ia mengaku hairan
kerana sudah sejak tadi dia menarik tali loceng tapi bunyi dentangnya
tidak ada.
Saat mereka semua sedang bingung, tiba2 dari tali lonceng itu
mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana lonceng itu
diikat. Dengan jantung berdebar2� seluruh rakyat menantikan saat
beberapa orang naik ke atas menyelidiki punca aliran darah tersebut.
Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam lonceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepala
hancur berlumuran darah. Dia memeluk bandul di dalam loceng tersebut
yang menyebabkan loceng itu tidak berbunyi, dan sebagai gantinya,
kepalanya yang terhantuk ke� dinding loceng berkenaan.
Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan
air mata. Sementara si anak meraung-raung memeluk tubuh ibunya yang
sudah diturunkan. Menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.
Ternyata malam sebelumnya si ibu dengan susah payah memanjat ke atas dan
mengikat dirinya di loceng. Memeluk besi dalam lonceng untuk
menghindari hukuman pancung anaknya.
Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya.� Betapapun
jahat si anak, si ibu sentiasa tetap mengasihi si anak sepenuh hidupnya.
Marilah kita mengasihi orang tua kita masing masing selagi kita masih mampu
kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini
Sesuatu untuk dijadikan renungan utk kita..
Agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun jua di dunia ini.
There is a story living in us that speaks of our place in the world
It is a story that invites us to love what we love and simply be ourselves
Ambillah waktu untuk berfikir, kerana itu adalah sumber kekuatan
Ambillah waktu untuk bermain, kerana itu adalah rahasia dari masa muda yang abadi
Ambillah waktu untuk berdoa, kerana itu adalah sumber ketenangan
Ambillah waktu untuk belajar, kerana itu adalah sumber kebijaksanaan
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, kerana itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan
Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana itu adalah jalan menuju kebahagiaan
Ambillah waktu untuk tertawa, kerana itu adalah muzik yang menggetarkan hati
Ambillah waktu untuk memberi, kerana itu membuat hidup terasa lebih bererti
Ambillah waktu untuk bekerja, kerana itu adalah nilai keberhasilan
Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diundur kembali….
Wallahu a’lam.
0 komentar:
Posting Komentar